BOLEH DIGUNAKAN…Kerja-Kerja pembaikan Jambatan Kampung Melangkap siap sepenuhnya Dan boleh digunakan
KOTA BELUD : Laluan di Jambatan kampung Piasau yang menjadi laluan utama penduduk kampung tersebut dan sekitarnya selamat digunakan untuk semua jenis kenderaan walaupun terdapat kesan tanah runtuh.
Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin(gambar) berkata beliau di maklumkan oleh pihak Kejuruteraan JKR mengesahkan bahawa laluan berkenaan masih selamat untuk digunakan.
” Tidak perlu bimbang, keadaan jambatan ini masih baik dan kukuh hanya memerlukan sedikit pembaikan bagi menghalang hakisan berlanjutan dan kerja kerja untuk membaiki Kepala Jambatan (Abutment) akan dilaksanakan ” Katanya dalam kenyataan media beliau kemarin.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata demikian bagi mengulas kebimbangan orang ramai yang melalui jambatan tersebut yang mendakwa terdapat sedikit hakisan berlaku di kawasan tebing jambatan Kampung Piasau .
Menurut Bung bagi menangani masalah hakisan kerja-kerja pembaikan kepala Jambatan Dan hakisan yang berlaku ditebing sepatutnya mula dilaksanakan pada selesa lepas, bagimana pun faktor cuaca hujan ,banjir dan air yang deras kerja kerja pembaikan terpaksa ditangguhnkan.
” Pihak kontraktor yang akan melaksanakan kerja kerja pembaikan ini telah pun menghantar beberapa buah mesin mereka ke kawasan ini, jika keadaan cuaca mengizinkan kerja kerja akan dimulakan segera dengan membaiki Kepala Jambatan ((Abutment) dan memasang “stone Pitching works) dibahagian tebing yang terhakis.
Dalam perkembangan lain Bung berkata Jambatan di kampung Melangkap yang runtuh ekoran bencana banjir baru baru ini telah pun siap dilaksanakan dan kini boleh digunakan oleh penduduk setempat.
Katanya kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu selepas lawatan beliau meninjau sendiri kerosakan jambatan Melangkap Baru-baru ini.
” Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan JKR Pusat dan daerah atas komitmen mereka menangani masalah ini” Katanya.
Tambah Bung Kota Belud adalah antara daerah yang banyak mengalami kerosakan jalan dan jambatan runtuh ekoran bencana banjir yang berulang kali berlaku di daerah itu.
” Di lain lain daerah saya juga meminta pihak Jurutera Daerah untuk memantau keadaan dan ini selari dengan tanggungjawab pasukan petugas khas yang kita tubuhkan bagi memantau keadaan ini” tambah Bung
CAPTION
A. BUNG MOKTAR RADIN Jambatan kampung Piasau Kota Belud selamat dilalui.
B.BAIK PULIH Kerja-kerja pembaikan Kepala Jambatan (Abutment) Dan pemasangan Stone Pitching Work sedang dimulakan di tebing jambatan Kampung Piasau.
BOLEH DIGUNAKAN…Kerja-Kerja pembaikan Jambatan Kampung Melangkap siap sepenuhnya Dan boleh digunakan