GOTONG ROYONG….. Osman(tiga kanan), Chin (kanan sekali) bersama komuniti MPP Sub Zon 1 membersihkan longkang yang tersumbat di Taman Victoria.
LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Perbadanan Labuan telah menganjurkan program Gotong Royong Malaysia Prihatin yang diadakan di sepanjang jalan Taman Victoria, Tanjung Purun, pada Sabtu.
Program tersebut yang diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 63 merupakan program yang dilaksanakan di bawah Cakna Kebersihan dan Keindahan Pakej Wilayah Persekutuan Prihatin.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Perbadanan Labuan, Datuk Dr. Osman Che Jusoh berkata, program tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon Satu bertujuan untuk membersihkan longkang yang tersumbat di sepanjang jalan Taman Victoria.
PESERTA…. Osman (empat dari kanan), Chin (kanan sekali) dan Abdul Rahim (dua kanan) bersama komuniti MPP Sub Zon yang menyertai Program Gotong Royong Malaysia Prihatin, pada Sabtu.
“Gotong Royong yang melibatkan komuniti MPP Sub Zon 1 dan juga penduduk di sekitar Taman Victoria telah memberikan kerjasama yang cukup baik untuk bersama-sama ama bergotong royong membersihkan kawasan longkang yang tersumbat akibat ditumbuhi rumput liar.
“Selain itu gotong royong ini juga adalah bertujuan untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes di kawasan berkenaan” katanya.
Turut sama dalam program tersebut Pengerusi MPP Sub Zon 1, Abbdul Rahim Mohd Salleh DAN Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) Daruk Chin Hoon Vui. END