29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Nabawan sasar lebih kurang 11,000 penerima bantuan bakul makanan

Ghani menyerahkan bantuan bakul makanan kepada PPM Nabawan Deckson Andipai untuk diagih-agihkan kepada penerima.

NABAWAN : Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.46 Nabawan mensasarkan lebih kurang 11,000 penerima bantuan bakul makanan keperluan  harian untuk Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pegalungan dalam masa terdekat melalui peruntukan khas Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, bantuan berupa bakul makanan keperluan harian tersebut akan diagihkan apabila peruntukan tersebut diterima kelak melalui KPLB.

“Kita di DUN  Nabawan mensasarkan lebih kurang 11,000 penerima bantuan makanan kepada golongan yang terkesan dengan pandemik Covid -19” katanya selepas menyampaikan 400 buah bakul makan yang disediakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.46 Nabawan yang diselaraskan oleh Pejabat UPPM Nabawan di sini hari ini.

Bantuan bakul makanan harian itu akan diagih-agihkan kepada penerima oleh Staf UPPM Nabawan.

“Justeru mereka yang belum menerima bantuan bakul makanan diharap bersabar kerana kita mahu pastikan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dapat pembelaan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ” katanya.

Ghani dan rombongan merakamkan gambar bersama warga PPD Nabawan selepas menyampaikan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Bantuan ini juga katanya, adalah lanjutan daripada sumbangan sebelumnya kepada golongan sasar termasuk mereka yang di kuarantin kerana positif Covid -19 dan mereka yang benar-benar perlu mengikut penilaian pemimpin masyarakat dibawah UPPM di setiap mukim.

“Ia juga merupakan bantuan awal tahun 2021 di mana akhir tahun 2020 kerajaan juga telah mengagihkan sumbangan berupa bakul makanan harian” jelas beliau.

Pada masa sama Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) turut mengingatkan orang awam agar sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP )yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan covid -19 terutama bagi daerah Nabawan yang kini turut berada di zon merah.

Terdahulu Ghani menyampaikan bantuan 30,000 keping peliput muka dan 500 botol cecair pembasmi kuman kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD )Nabawan bagi kegunaan pelajar dan pendidik sekolah-sekolah di daerah ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan Deckson Andipai dan Pemaju-Pemaju Mukim dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN