30 C
Kota Kinabalu
Rabu, September 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

154 pelajar KML pulang ke Sabah melalui jalan laut dan darat

SELASAI…. Dr Fary (dua dari kanan) bersama Mohd Idris (tiga dari kiri) ketika melakukan pemantauan terakhir pergerakan pelajar KML yang pulang ke Sabah di Termina Feri Labuan, pagi kelmarin.

LABUAN: Seramai 154 pelajar Sabah yang menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) berjaya dihantar pulang melalui jalan laut dan darat, pagi kelmarin.

Kumpulan terkahir pelajar KML itu dibawa ke terminal feri kenderaan dengan lapan buah bas dan seterusnya menaiki feri kenderaan seawal jam 6.30 pagi ke Menumbok.

BAS… tiga dari lapan buah bas yang membawa pulang pelajar ke Tawau memasuki terminal feri kenderaan, awal pagi kelmarin

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, mereka yang dihantar pulang hari ini merupakan pelajar terakhir daripada 2,232 pelajar KML yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

“Hari ini adalah hari terakhir operasi penghantaran pulang pelajar KML yang telah dilaksanakan sejak 5 April lalu. Kesemua mereka dihantar pulang hari ini ke daerah Tawau” katanya ketika ditemui semasa melakukan pemantauan Operasi Pergerakan Penghantaran Pelajar KML di Terminal Feri Kenderaan Labuan, pagi kelmarin.

GEMBIRA…. sebahagian pelajar KML yang berada dalam bas gembira untuk balik ke pangkuan keluarga masing-masing.

Turut hadir, Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah dan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, Mohd. Idris Omar.

Dr. Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan menjelaskan, selain pelajar KML, turut dihantar pulang pagi ini (kelmarin) ialah kira-kira 70 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) ke Sabah mengunakan tiga buah bas, dua buah van dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menaiki feri kenderaan yang berlepas ke Menumbok pada jam 11.30 pagi.

Sementara itu, seramai 48 lagi pelajar UMSKAL akan dihantar pulang pagi esok (Selasa) ke kampung halaman mereka di Bintulu Sarawak mengunakan perkhidmatan udara.

Beliau berkata sehingga hari ini dianggarkan seramai 268 pelajar UMSKAL masih menunggu giliran untuk pulang ke Sabah.

“Kita mengharapkan agar semua pelajar ini akan dapat bersama ahli keluarga di kampung masing-masing sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan kita juga berharap semua pelajar yang masih terkandas di sini akan dapat pulang ke kampung masing-masing sebelum 20 Mei ini” katanya.

Pada masa yang sama beliau menasihatkan kesemua pelajar yang pulang ke kampung halaman masing-masing perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mereka dan keluarga mereka selamat daripada wabak Covid 19”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN