29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert menunjukkan pelan tapak yang dicadangkan untuk pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat di kawasan Bingkor.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Susulan daripada cadangan pengwujudan Balai Bomba Dan Penyelamat Kawasan Bingkor hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin melawat tapak yang dicadangkan.

Robert  yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah melawat tapak cadangan bagi pembinaan bangunan Balai Bomba Dan Penyelamat Kawasan Apin-Apin, Bingkor bersama Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan dan Ketua Unit Pembangunan Majlis Daerah Keningau Mohd Iqbal Abdul Sail.

Turut  serta Pemimpin  Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor Junior  Fred Vincent bersama kakitangan UPPM dan kakitangan Pejabat ADUN Bingkor.

Robert berkata, beliau akan terus berusaha supaya Balai Bomba Dan Penyelamat dibina di kawasan ini demi penduduk DUN Bingkor.

Beliau berkata, tapak yang dicadangkan telah dikenal pasti.

“Kita berharap jabatan yang berkaitan dapat bekerjasama untuk proses seterusnya” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN