28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Julai 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

200 ahli PKDM Tambunan sertai PGRS

Alfred menyerahkan borang keahlian kepada Victor.

KOTA KINABALU: Seramai lebih kurang 200 ahli Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Tambunan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

Kemasukan ahli-ahli PKDM Tambunan pimpinan Datuk Peter Anthony itu dalam diterima oleh Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Datuk Victor P. Paut dalam satu majlis selepas mesyuarat Bahagian PGRS Tambunan yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Kumpulan itu diketuai oleh bekas ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sunsuron Alfred Tabul John menyerahkan borang keahlian kepada Victor.

Menurut , Datuk Victor ini merupakan gelombang pertama dan akan ada lagi gelombang kedua nanti di mana lebih kurang 600 orang ahli PKDM akan menyertai PGRS Tambunan.

Katanya, setakat ini PGRS Tambunan kini mempunyai 6,000 ahli dan menyasarkan keahlian 10,000 pada tahun ini dan dijangka akan ada lagi kemasukan ahli daripada PKDM dalam masa terdekat.

Jelasnya, dengan adanya keahlian yang ramai akan menguatkan lagi kesiapasagaan jentera parti yang diterajui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

Sementara itu katanya, sudah tiba masanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan mempunyai satu kerusi Parlimen dan satu lagi kerusi DUN memandangkan ketika ini DUN Tambunan mempunyai lebih 35,000 pengundi berdaftar.

Katanya, sebagai rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) beliau menyokong cadangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang mahu dua DUN dan satu Parlimen di kawasan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN