29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMS dengan kerjasama KPT anjur KRIS: Prof. Dr.Helen

RANAU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) yang merupakan idea Kementerian Pengajian Tinggi untuk membawa perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar(pedalaman) yang berjauhan daripada kemudahan kesihatan.

Pengarah Hospital UMS, Prof. Dr.Helen Benedict Lasimbang memberitahu, edisi ke-9 itu merupakan program KRIS akan berkunjung ke Kampung Tagudon Lama, Ranau pada 12 Februari 2022. Tambahan pula, Program KRIS pada kali ini akan mempunyai perkhidmatan baharu iaitu Saringan Telinga, Hidung & Tekak (ENT).

Antara perkhidmatan yang akan dijalankan katanya ialahSaringan Kesihatan, Konsultasi Pegawai Perubatan, Preskripsi Ubat-ubatan percuma,
Pemeriksaan Gigi, Pemeriksaan Mata, Pemeriksaan Khas Wanita, Saringan Telinga, Hidung & Tekak (ENT) dan Bicara Kesihatan Mental.

“Kita seemengharapkan kepada penduduk kampung Togudon Lama dan penduduk kampung-kampung sekitarnya supaya hadir manfaatkan program tersebut”, jelas Prof.Helen.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN