25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

300 Sertai Forum MADANI : Pembelajaran dan Kemahiran Sepanjang Hayat

FORUM…Sesi Forum MADANI : Pembelajaran dan Kemahiran Sepanjang Hayat sedang berlangsung.

KOTA KINABALU : Kira-kira 300 belia menyertai Forum MADANI : Pembelajaran dan Kemahiran Sepanjang Hayat anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), pada Jumaat.


Forum berkenaan diadakan sebagai salah satu pengisian sempena Minggu Latihan Kebangsaan atau National Training Week (NTW) 2024 anjuran 

 Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Penjara Negeri Sabah.
Timbalan Pengerusi Lembaga HRDCorp, Ahsim Jamat berkata penganjuran forum berkenaan adalah untuk mendedahkan kepentingan latihan kepada masyarakat terutama golongan belia.
Beliau turut memaklumkan HRDCorp menyasarkan 200,000 pengunjung bakal mendapat manfaat melalui program NTW yang berjalan sepanjang minggu ini.
Antara panel yang terlibat dalam forum tersebut ialah Ketua Pegawai Strategi HRDCorp, Dr. Rony AMbrose Gobilee, Penulis Buku, Che Ruhaini Matdarin, Usahawan MPWS, Zaharina Masair dan Pengurus Besar Pusat Latihan Komputer, Karen Wong.
Hadir sama, Pengerusi MPWS, Datuk Dr. Tarsiah TZ Taman.-PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN