29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa cedera terhimpit kenderaan sendiri

Anggota Bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terhimpit kenderaan sendiri (Kredit foto: Bomba Ranau)


RANAU: Seorang lelaki warga emas parah selepas terhimpit di bawah kenderaannya sendiri dalam satu insiden kemalangan yang berlaku dekat sini pada awal pagi hari Selasa.


Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Kimolohing Ranau pada jam 5.46 pagi.


“Panggilan diterima melalui Talian Balai tentang kejadian ini lalu sekumpulan anggota seramai 8 orang diketuai Komander Operasi, PBK II Becket Gumat dikejarkan ke lokasi.


“Setiba di tempat kejadian sejauh 5 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kemalangan melibatkan seorang mangsa lelaki tempatan berumur 68 tahun tersepit di bawah kenderaan jenis Toyota Hilus SR.

Ketua BBP Ranau PPgB Ridwan Bin Taib


“Menurut saksi Ketika itu mangsa memasukkan barang ke dalam trak kereta dan kenderaan tiba-tiba meluncur bergerak ke belakang,” katanya.


Menurut Ridwan, pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas Airbag dan memberi rawatan awal seterusnya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).


“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 7.10 pagi,” katanya.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN