30 C
Kota Kinabalu
Rabu, September 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

73 Belia Labuan bakal ditawarkan Kursus Perancah Tahap Satu (scaffholding) dan Automatif.

SIMBOLIK.. Azizudin menyerahkan mok cek kepada dua pelatih Giat MARA sambil diperhatikan Moh Rafi (dua kanan).

Labuan: Seramai 73 belia tempatan di pulau ini bakal ditawarkan Kursus Perancah Tahap Satu (scaffholding) dan Kursus Automatif (Kenderaan Elektrik) yang akan dilaksanakan di Pusat Giat MARA Labuan dalam waktu terdekat.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Jabatan Giat MARA Negeri Sabah, Ts Azizudin Aziz pada majlis Program Penyerahan Geran Latihan Kemahiran dan Kerjaya bernilai RM425,000.00 yang diadakan di Pusat Giat MARA Labuan, di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Penasihat Pusat Giat MARA Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Penolong Pengarah Giat MARA Negeri Sabah, Mohd. Noh Nawawi dan Pengurus Pusat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd. Nazri Nor Ahmad.

Azizudin berkata, kerajaan melalui Kementerian  Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperuntukan geran latihan sebanyak RM425,000.00 bagi membantu melahirkan golongan belia  berkemahiran tinggi khususnya dalam bidàng Minyak dan Gas  serta bidang Automatif ( penyelengaraan  kenderaan elektrikal).

“Daripada jumlah itu sebanyak RM300,000.00 adalah geran latihan  kursus Perancah Tahap Satu (scaffholding) melibatkan 48 peserta, manakala sebanyak RM125,000.00 di peruntukan untuk geran latihan penyelengaraan kenderaan elektrik melibatkan seramai  25 peserta.”,katanya.

Kursus dan latihan yang mengambil masa tiga  hingga enam bulan itu merupakan peluang terbaik golongan belia mendapat kemahiran dan  seterusnya peluang pekerjaan dalam industri Minyak dan Gas terutamanya di Labuan.

Sementara itu, Mohd Rafi berkata, peruntukan itu diluluskan oleh KKDW rentetan dari peruntukan khas yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah ketika lawatan kerja beliau  ke Labuan pada Mac lalu.

Mohd. Rafi turut mengharapkan golongan belia di pulau ini tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kursus kemahiran berkenaan.

“Selain itu Giat MARA akan mengusahakan kepada belia yang berjaya menamatkan kursus berkenaan  mendapatkan pekerjaan  dengan mana mana  syarikat berkaitan minyak dan gas terutamanya ” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN