SUAMIN (kiri), AZIZ (atas) dan ASIDIH (bawah)… mengalu-alukan kemudahan yang dilaksanakan kerajaan sambil menyifatkannya sebagai memudahkan rakyat.
RANAU: Penduduk daerah ini turut mengalu-alukan keputusan kerajaan memberi kemudahan kepada pelanggan yang berurusan dengan bank menerusi mesin automatik (ATM) supaya beroperasi seperti biasa dan tidak lagi sehingga jam 8.00 malam seperti sebelum ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ramai menyifatkn kemudahan itu amat sesuai membolehkan pelanggan yg berurusan pengeluaran wang menggunakan mesin ATM tanpa perlu berbaris panjang.
“Kita mengu-alukan keputusan kerajaan ini, sebagai kemudahan orang ramai menjimatkan masa dengan tidak perlu berbaris panjang”, jelas seorang penjawat awam, Aziz Bin Muji dari Kg.Minihas Lohan, bertugas di SMK.Agama Ranau, dan seorang penduduk Kg Marakau, Asidih Bin Kasaman juga anak kelahiran dari daerah Ranau.
“Kemudahan itu satu yang positif memberi manfaat kepada orang ramai terutama mereka yang tinggal jauh di pedalaman”, jelas seorang pesarah Pendidikan, Suamin Bin Sarin dari Kg.Paka Dua Ranau.
Kemudahan itu bagaimanapun, rakyat perlu mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain, kerap membasuh tangan menggunakan sabun (Sanitizer) dan menggunakan Face Mask (pelitup mulut dan hidung) semasa di tempat awam bagi menangani penularan Coronavirus (Covid-19). –Borneo Daily Bulletin
           Â
SUAMIN, AZIZ dan ASIDIH… mengalu-alukan kemudahan yang dilaksanakan kerajaan sambil menyifatkan kemudahan itu sebagai memudahkan rakyat.