27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Jun 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bengkel Vokal & Penjurian Lagu Keningau Siri 1 (Skop Lagu Etnik Sabahan & Antarabangsa) berjaya dilaksanakan.

Kesemua peserta bengkel bergambar bersama penganjur (Vie), Perasmi (Rafie) & Tenaga pengajar jemputan (Rhowell)

BENGKEL Vokal dan Penjurian Nyanyian Lagu Siri 1 yang diadakan di Pexoholic Café Keningau baru-baru ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Seramai 54 orang peserta dari seluruh pelusuk pedalaman Sabah telah mengikuti bengkel sehari yang dianjurkan oleh Sylviana Viana Saiki atau lebih dikenali sebagai Vie yang merupakan salah seorang pemilik MV Entertainment juga Setiausaha Agung Kelab Rekreasi Artis Sabah, Jawatankuasa Pembangunan di dalam Persatuan Artis Tempatan Sabah dan Ketua Biro Kebajikan Kelab Kupi-Kupi FM 96.3fm.

Beliau telah dibantu oleh Keiru Jumin selaku pembantu penganjur dan Ian Arthur Alfredchris sebagai teknikal krew.

Walaupun sibuk dengan projek Filem BANZAI arahan Eizlan Elias Alex dibawah AJ Fleezey Entertainment dan JSAM Production Sdn Bhd yang memegang salah satu watak utama dan juga sebagai HOD (Head Of Department – Flow Manager) Vie tetap aktif menganjurkan bengkel-bengkel seumpama ini bagi membuka peluang kepada penggiat seni di luar sana yang ingin menambah ilmu dan memperkasakan lagi ilmu sedia ada para peserta.

Keiru iaitu Pembantu kepada penganjur juga merupakan salah satu watak utama di dalam Filem BANZAI yang masih dalam penggambaran.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Rafie Robert yang merupakan Pengerusi Persatuan Pelancongan & Kebudayaan daerah Keningau, Pengerusi Penyelaras KDCA Keningau juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi KDCA Pusat selain itu juga sebagai pengurus Sabah FC yang baru.

Rafie berterima kasih kepada penganjur kerana menjemput beliau sebagai perasmi untuk bengkel sehari itu.

Walaupun sangat sibuk dengan pelbagai komitmen lain beliau tetap hadir merasmikan bengkel.

Ini kerana beliau sangat bersetuju dan menyokong penuh program-program seumpama ini diadakan di daerah Keningau dan juga tenaga pengajar yang dipilih oleh penganjur iaitu Rhowell.

Rafie memang sangat mengagumi Rhowell kerana pengalaman dan pencapaian beliau di dalam industri seni.

Besar harapan beliau untuk melihat industri seni tempatan Sabah maju dan diiktiraf bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di asia dan di mata dunia, terutama di daerah kelahiran beliau iaitu Keningau.

Buat masa ini, beliau sedang berusaha dan menanti pengesahan daripada ROS untuk penubuhan Persatuan Penggiat Seni Pedalaman Sabah.

Banyak ilmu asas seperti teknik vokal yang betul dan sihat, asas warm up sebelum memulakan nyanyian, postur badan yang betul semasa menyanyi, cara penilaian aspek penjurian yang diguna pakai terkini yang dikongsikan oleh tenaga pengajar jemputan.

Para peserta juga berpeluang merasai suasana sebagai seorang juri pertandingan nyanyian sebenar secara gimik.

Ini secara langsung memperkasakan pengetahuan dan melahirkan bakal juri pertandingan nyanyian yang betul, adil, sistematik, telus dan berkualiti.

Rhowell yang merupakan pengasas juga sebagai guru vokal dan piano di Fortissimo Music Studio yang terletak di Tuaran serta pensyarah Vokal Ensemble di UITM cawangan Sabah merupakan tenaga pengajar jemputan yang telah dijemput oleh penganjur bagi memberi ilmu kepada semua peserta.

Pengalaman Rhowell di dalam kedua bidang memang sangatlah diakui dan diiktiraf. Rata-rata peserta memuji dan berterima kasih kepada Vie selaku penganjur kerana penganjuran bengkel seumpama ini.

“Objektif utama saya menganjurkan bengkel 2 dalam 1 ini di daerah Keningau adalah bagi memberi ruang menimba ilmu di dalam kedua bidang tersebut dan sebagai salah satu medan kepada semua peserta bagi memperkukuhkan lagi asas kemahiran nyanyian, persembahan dan juga penjurian lagu khususnya kepada penggiat seni yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di daerah pedalaman Sabah.

Saya berharap agar bengkel ini bakal melahirkan lebih banyak penyanyi tempatan dan para juri nyanyian lagu yang lebih berkualiti. Itu harapan saya,” menurut Vie.

Program seterusnya yang akan diadakan ialah Bengkel Asas Seni Lakon yang akan diadakan di daerah Ranau pada bulan hadapan.

Sesiapa yang berminat boleh la berhubung dengan Vie (01125110248) untuk pertanyaan lebih lanjut ataupun Keiru (0168361863).

Kesinambungan bengkel siri 2 untuk peserta siri 1 Keningau akan diadakan pada tahun ini juga di mana ia akan lebih menjurus kepada workshop and masterclass, selepas bengkel siri 2 untuk peserta daripada Ranau dan Bengkel 2 dalam 1 Vokal dan Penjurian Nyanyian dilaksanakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN