31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 3, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Caj Tambahan 10 Sen Dalam Cashless Berdepan Tindakan Undang-undang – Armizan

Armizan (tiga dari kanan), Ghulamhaidar (tiga dari kiri) dan Mohd Fuad (dua dari kanan) ketika menyaksikan penyerahan kunci lori dan bas oleh Howard (dua dari kiri) kepada Bakri (kiri) dan wakil Pejabat Parlimen Papar.

PAPAR:  Para peniaga yang mengenakan caj tambahan 10 sen bagi transaksi tanpa tunai (cashless) kepada para pelanggan akan berdepan dengan tindakan undang-undang.Amaran tegas itu dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Katanya, komitmen kerajaan jelas, Bank Negara Malaysia (BNM) telah meletakkan peraturan tersebut bahawa tidak boleh diletakkan caj tambahan kepada pengguna dan pihaknya bersama agensi berkaitan akan melakukan penguatkuasaan ke atas perniagaan yang mengambil kesempatan dan membelakangkan undang-undang dalam transaksi perniagaan.”Kita ingin menyaran dan menegaskan kepada semua peniaga supaya melakukan perniagaan mereka mengikut etika dan undang-undang.


“Sekiranya menggunakan QR Code tanpa tunai ini, caj tambahan tidak boleh dikenakan kepada pelanggan. Jadi, itu sudah jelas itu peraturan yg telah ditetapkan BNM. 


“Jadi kita akan mengambil tindakan sekiranya terdapat peniaga yang mengenakan caj tambahan kepada peniaga yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai ini,” jelas beliau.

Menurut Armizan, perbuatan mengenakan caj tambahan itu merupakan kesalahan mencatut dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Jika sabit kesalahan, suatu penalti pertubuhan perbadanan bakal dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, di denda tidak melebihi RM1,000,000.

Jika bukan suatu pertubuhan perbadanan, peniaga akan didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Beliau ditemui media dalam Program Penyerahan Lori dan Bas Coaster Sumbangan Sinyi Group masing-masing kepada Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Pejabat Ahli Parlimen Papar di sini, pada Sabtu.

Hadir mengiringi beliau ialah ADUN Kawang, Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar yang juga Pengerusi Yayasan Sabah; Pegawai Daerah, Mohd Fuad Abdullah; Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Bakri Sudin dan Wakil Sinyi Group, Howard Chou.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai sumbangan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat antarabangsa berkenaan, Armizan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan bersyukur atas pemilihan Papar sebagai lokasi pilihan sekaligus memberi impak kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di daerah tersebut.


“Kita menerima sumbangan dari Sinyi Group berupa 24 coaster bas untuk kegunaan Pejabat Pendidikan Papar dan multi-purpose tipper lorry untuk kegunaan penghantaran bekalan air dan bantuan-bantuan lain sepanjang bencana yang diperlukan oleh masyarakat di Papar,” ujarnya.


Kedua-dua sumbangn tersebut merupakan komitmen yang  dizahirkan oleh Sinyi Group semasa majlis pecah tanah pembinaan resort yang dibangunkan di Melinsung dekat sini, pada 20 November lepas. 


Selain, pembinaan pusat peranginan, syarikat terbabit juga menjalankan usaha-usaha pemuliharaan dan konservasi penyu di Pulau Mengalum. – PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN