26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

CCB Labuan sumbang 5,000 topeng muka bantu barisan hadapan COVID 19

Oleh: JD


LABUAN: Sebuah syarikat perbankan China Construction Bank (CCB) Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyumbangkan sebanyak 5,000 topeng muka kepada bagi membantu kerajaan dalam membekalkan topeng muka kepada petugas barisan hadapan Covid 19 di pulau ini.


Majlis penyerahan topeng muka itu telah disampaikan oleh Naib Presiden Kanan Operasi CCB Cawangan Labuan, Alvin Han kepada Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Wilayah Persekutuan, Dr Fary Osman di Wisma Perbadanan Labuan, di sini pada Selasa.


Alvin ketika ditemui berkata daripada 5,000 topeng muka itu, sebanyak 1,000 keping diagihkan kepada Jawatankuasa Bencana Negeri, 2,000 keping untuk anggota Polis dan Tentera yang bertugas di bahagian sekatan jalan raya (SJR) dan selebihnya diagihkan pihak hospital Labuan.

SUMBANGAN…. Alvin (dua kiri) menyampaikan topeng muka kepada Dr. Fary sambil diperhatikan oleh Haji Rithuan (kiri sekali) dan Fadzilah (kanan sekali)


Turut menerima sumbangan topeng muka itu ialah mpengamal media daripada Persatuan Penggiat Media Labuan.


Alvin berkata, sumbangan tersebut merupakan usaha CCB dalam membantu kerajaan membendung penularan ancaman pandemik COVID 19 di negara ini khususnya di Labuan.


Sementara itu, Dr. Fary mengucapkan terima kasih kepada CCB yang begitu prihatin dengan menyumbangkan sebanyak 5,000 topeng muka bagi memberi perlindungan kesihatan kepada anggota barisan hadapan daripada terdedah jangkitan COVID 19.


Dr Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan berkata, sumbangan sebanyak 1,000 topeng muka yang diserahkan kepada Jawatankuasa Bencana itu akan diagihkan kepada anggota Jawatankuasa Bencana yang terlibat bertugas di bahagian hadapan dan selebihnya akan diagihkan kepada penduduk tempatan melalui penerima kit bantuan makanan.


Sementara itu katanya, Jabatan Pembangunan dan Teknikal Perbandanan Labuan telah berjaya menghasilkan face shield yang akan diagihkan kepada anggota Polis dan Tentera yang bertugas di barisan hadapan.


“Tujuan pemberian face shield ini adalah sebagai tanda keperihatinan Perbadanan Labuan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan petugas barisan hadapan terutamanya pihak polis dan tentera serta lain lain anggota yang terlibat” katanya.


Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Haji Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Fadzilah Haji Mahmud dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Asharey Matarsad. –TAMAT


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN