26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Oktober 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Empat ekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai Layang-Layangan

DITEMUKAN… salah seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai Layang-Layangan pada Isnin

LABUAN: Empat  ikan lumba spesies ‘Tursip Truncates’  atau dikenali ikan lumba lumba  jenis   hidung botol  ditemukan terdampar di pantai Layang-Layangan oleh seorang nelayan tempatan kira-kira jam 7 pagi pada  Isnin.

Nelayan berkenaan Osman Khamis berkata, ketika insiden itu beliau terdengar beberapa kali bunyi ganjil ketika hendak menjala ikan di pantai lalu  menemui empat ekor ikan lumba-lumba terdampar di kawasan cetik.

Beliau cuba melepaskan semula  ikan lumba lumba itu ke parairan yang lebih dalam, namun seekor daripadanya  didapati telah  mati.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, penemuan ikan lumba-lumba di kawasan perairan Labuan adalah perkara biasa.

Ini keran katanya, ia antara laluan kumpulan ikan lumba-lumba  dalam perjalanan  merentas selat.

Katanya, empat pegawai  dikerah ke lokasi  bagi memeriksa ikan lumba- lumba yang mati itu dan medapati terdapat kesan luka pada bahagian kepala ikan tersebut.

“Bedah siasat  bangkai ikan itu akan dijalankan oleh Jabatan Veteriner bagi mengenal pasti punca kematian ikan itu” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN