29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon Rasmi Badi Badi Tiong Melangkap

Ewon membeli sayur di tamu Badi Melangkap Tiong.

KOTA BELUD: Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick merasmikan Badi Badi Tiong di Kampung Melangkap Tiong, di sini, hari ini.

Ewon yang juga penyandang kerusi DUN Kadamaian memuji usaha persatuan wanita kampung itu yang mempunyai inisiatif sendiri mewujudakn tamu itu.

“Tahniah kepada kaum ibu di kampung ini kerana bersatu hati mewujudkan Badi Badi Tiong, saya berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Ewon bergambar bersama kaum ibu Kg. Melangkap Tiong selepas merasmikan Badi Badi Tiong.

“Saya menyokong usaha ini dan akan membantu menaiktaraf kawasan tamu ini pada masa akan datang untuk memberi keselesaan kepada para peniaga dan juga kepada para pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Badi Badi Tiong di Melangkap Tiong, di sini, hari ini.

Sementara itu wakil peniaga wanita Kg Melangkap Tiong, Roslin Kandai (48 tahun) dan Konsulim Sidang (56 tahun) berkata, idea untuk mewujudkan Badi Badi Tiong tercetus beberapa bulan lalu semasa PKP.

Pilih calon nombor 1, Ewon Benedick.

“Masa PKP kami tidak dapat menjual di tamu, jadi timbul cadangan untuk mewujudkan badi-badi di sini. Tempat ini agak strategik sebab berada di laluan pelancong yang melawat pusat-pusat pelancongan di kawasan ini,” katanya.

Selain Kg.Melangkap Tiong, Ewon mengadakan jelajah kempen di Kg.Bundu Paka, Melangkap Baru, Melangkap Kapa, Melangkap Tomis, Melangkap Noriou dan Kg.Lingkubang untuk mendengar masalah penduduk kampung seterusnya memberi penjelasan mengenai beberapa isu yang sering dimainkan pihak pembangkang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN