26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hentikan pembakaran terbuka: Bomba

Ridwan Mohd Taib


RANAU: Orang ramai yang tinggal di sekitar daerah ini khususnya di kampung dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka terutama pada musim berangin ini kerana amalan sebegitu akan membawa kepada pelbagai keadaan tidak diingini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ridwan Mohd Taib berkata, sekarang adalah masa paling tidak sesuai untuk melakukan sebarang pembakaran terbuka yang diamalkan penduduk kampung di sini khususnya masyarakat tani.


ā€œSituasi ada masa ini belum berada pada tahap yang membimbangkan kerana jumlah kes yang dilaporkan masih pada tahap minimum. Tetapi mari kita cegah masalah sebelum ia menjadi tidak terkawal.


ā€œKesan yang dihasilkan oleh aktiviti sebegitu adalah memudaratkan, selain kesan kesihatan kepada penduduk lain serta pencemaran udara tidak terkata.


“Apa yang kita harapkan ialah orang ramai di sini mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka lagi. Lagipun, pada musim kering dan berangin ini, api akan merebak dan hilang kawalan dengan cepat.


Sehubungan itu, Ridwan menggesa orang ramai supaya berhenti sama sekali daripada melakukan pembakaran terbuka lebih-lebih lagi apabila kawasan mereka terletak berdekatan dengan kawasan hutan atau belukar.


Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi beberapa ‘SOP’ terutama pada musim angin tidak menentu yang melanda daerah ini sekarang.


Beliau menasihatkan orang ramai di sini supaya mengelak berteduh berhampiran pokok tua yang tidak kuat bagi mengelak dihempap dahan atau ranting yang patah ditiup angin.


ā€œAktiviti di luar rumah seperti berkelah, berkhemah, mendaki, mandi sungai perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati kerana pelbagai risiko dan kemungkinan berlaku, terutama memandangkan keadaan berangin sekarang,ā€ katanya.

Kawasan di Kg Lohan yang musnah dalam kejadian pada hari Rabu


Tambah Ridwan lagi, ketika cuaca panas, didapati kebiasaannya berlaku peningkatan panggilan berhubung haiwan berbisa.


Untuk itu, katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan haiwan berbisa yang biasanya akan mencari tempat malap di kawasan berhampiran rumah kediaman.


Sementara itu, beliau berkata walaupun keadaan di Ranau masih terkawal, pihaknya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan akibat keadaan berangin itu.


ā€œSetakat ini kami tidak menerima sebarang aduan atau laporan daripada orang ramai berhubung keadaan angin kencang. Sejak fenomena itu bermula beberapa minggu lalu, kes pokok tumbang yang merosakkan harta benda masih belum berlaku.


ā€œKes yang lebih serius seperti bumbung rumah terbang juga tidak dilaporkan. Namun begitu, kami berharap tiada kejadian seumpama itu berlaku di sini sehingga keadaan cuaca bertambah baik,ā€ katanya.


Sehubungan itu, Ridwan menasihatkan orang ramai supaya menjaga keadaan, ā€œdan mengutamakan keselamatan. Hadkan aktiviti luar yang lain buat sementara waktu, dan pastikan anak-anak kecil dijaga apabila mereka berada di luar.


ā€œSekiranya sesiapa mendengar atau melihat sebarang situasi berbahaya di kawasan mereka, sila maklumkan kepada pihak berkuasa berkenaan.


ā€œOrang ramai boleh menghubungi kami melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Balai Bomba di talian 088-878779. Kami sedia membantu,ā€ katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini selepas pihaknya menangani satu insiden kebakaran belukar yang berlaku kira-kira jam 5 petang di Kg Lohan Jalan Sungai Teki, yang melibatkan kawasan seluas beberapa ekar pada Rabu.


ā€œIni adalah kes kebakaran belukar biasa yang sering berlaku. Kami berharap orang ramai akan memahami bahawa walaupun membersihkan kawasan untuk mengusahakan tanah itu adalah idea yang baik, menggunakan api untuk mencapai hasrat itu adalah idea yang sangat buruk,ā€ katanya.


Semasa kejadian, beliau berkata kebakaran belukar yang tidak terkawal telah merebak seluas beberapa ekar, dan hampir sampai ke rumah penduduk kampung sebelum anggota bomba dapat mengambil tindakan tepat pada masanya.


Dalam kejadian kira-kira 15 kilometer dari Balai Bomba Ranau itu, sebuah jentera bomba bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadamkan kebakaran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN