26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Jun 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ILTP JPSM Berperanan Bangunkan Modal Insan Sabah

Arifin (tiga kiri) menyampaikan Anugerah Sijil Pelatih Cemerlang kepada Cellawina Vanessa Mudir.

KOTA KINABALU : Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) yang dikendalikan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata ILTP sentiasa meneruskan usaha dalam melahirkan modal insan yang kompetitif dan mapan dalam pelbagai bidang.

“Tenaga pengajar merupakan tunjang utama dan memainkan peranan penting dalam membekalkan pendidikan kemahiran yang inklusif kepada para pelatih ke arah pembangunan masyarakat dan ekonomi negeri Sabah.

”Dalam era globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 ini, keperluan terhadap tenaga kerja yang cekap dan berkualiti semakin mendesak, oleh itu pengiktirafan yang diberikan kepada graduan hari ini adalah bukti keupayaan mereka untuk bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya semasa merasmikan Konvokesyen Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), pada Selasa.

Di samping itu, Arifin berkata para graduan perlu mengamalkan sikap pembelajaran sepanjang hayat dan disaran meningkatkan kemahiran yang diperoleh semasa pengajian.

“Kemahiran yang diperoleh semasa pengajian perlu dikembangkan melalui latihan berterusan, kursus-kursus pembelajaran secara bersemuka, dalam talian mahupun pembelajaran kendiri.

“Selaras dengan hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 – 2025) iaitu teras Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, kerajaan sentiasa menyokong dan mendokong segala usaha yang dilaksanakan oleh JPSM dalam melahirkan modal insan yang terampil, kompeten, dan berdaya saing apabila menceburi bidang pekerjaan.”Kerajaan juga akan sentiasa komited dalam memperkukuhkan sistem pendidikan TVET di negara kita melalui pelbagai inisiatif dan program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi TVET.

“Ini termasuklah menyediakan kemudahan-kemudahan yang canggih, meningkatkan latihan untuk tenaga pengajar, dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat,” ujarnya dalam majlis yang meraikan 234 graduan ILTP itu.

Pada majlis itu, graduan Program Penjaga Jentera Elektrik (AO) Sesi 2020-2022, Chiristin Mail dan graduan Program Dandanan Rambut SKM Tahap 3, Cellawina Vanessa Mudir dinobatkan Anugerah Pelatih Cemerlang 2024.

Turut hadir, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Harun Durabi dan  Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah, Dg. Norsiah Ag. Duraman.- PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN