29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

IPD Ranau terima kunjungan Konsul Jeneral Republik Indonesia, Kota Kinabalu.

SELAMAT DATANG… Bapak Sortono ( duduk) menandatangani buku pelawat di IPD Ranau sambil disaksikan DSP Sammy (kanan) dan ASP Helvin (kiri)

RANAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau hari ini menerima kunjungan daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu.

Rombongan seramai lapan orang diketuai, Konsul Muda Pelaksana Ekonomi II Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Sortono Hendrarso tiba di IPD Ranau kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Ketibaan rombongan disambut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Sammy Newton
diiringi Ketua Cawangan Khas Daerah Ranau ASP Helvin Ribus. 

KENANGAN… Bapak Sortono( kelima kiri) merakam gambar bersama DSP Sammy (kelima kanan), ASP Helvin (ketiga kiri) dan rombongan KJRI

DSP Sammy dalam satu kenyataan hari ini berkata, antara lain tujuan lawatan daripada KJRI itu adalah untuk memaklumkan mengenai aktiviti pengagihan barang-barang keperluan kepada warganegara Indonesia yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disekitar daerah Ranau.

Menurut beliau, sempena lawatan itu, Bapak Sortono Hendrarso menyampaikan ucapan terima kasih daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Ibu Krishna Djelani, kepada polis daerah ini kerana sudi memberikan kerjasama kepada petugas KJRI melaksanakan program pengagihan barangan keperluan kepada warganegara mereka di sini.

Bapak Sortono Hendrarso (kiri) menyampaikan bakul makanan kepada sebahagian warga Indonesia di Kundasang.


” Ibu Krishna juga mendoakan agar seluruh warga IPD Ranau dijauhi daripada wabak Covid 19 dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, DSP Sammy turut menasihatkan agar semua petugas KJRI yang terlibat dalam aktiviti pengagihan barangan tersebut mengamalkan langkah-langkah kesihatan yang sempurna seperti penjarakan sosial, pemakaian topeng muka serta membawa bersama pencuci tangan (hand sanitizer) sebagai langkah kebersihan diri bagi mengelak jangkitan Covid 19. 

Disamping itu, beliau turut menyeru agar petugas KJRI menasihati semua warga Indonesia yang ditemui untuk patuh kepada PKP yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia ketika ini. 

Sebanyak 560 pek barangan keperluan berbentuk makanan ruji seperti beras dan lain-lain yang dibawa oleh rombongan KJRI  untuk diagihkan..






ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN