31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

IPW PBS Kundasang adakan Ziarah Kasih ke Hospital Daerah Ranau

Dounis (kanan) sedang berbual dengan salah seorang pesakit di wad lelaki, semasa mengadakan Ziarah Kasih, Hospital Daerah Ranau.

RANAU, 16 Oktober 2024: Seramai 35 ahli Induk Pemuda dan Wanita (IPW) Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N.36 Kundasang mengadakan Ziarah Kasih ke Hospital Daerah Ranau, di sini, kelmarin (15 Okt).

Ziarah Kasih itu diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Dounis Sani.

Dounis bersama ahli-ahli IPW dan juga Task Force telah menyantuni dan memberikan sumbangan berupa bakul makan dan wang tunai kepada seramai 85 pesakit di wad wanita, wad mengandung/bersalin, wad kanak-kanak, wad lelaki, serta pesakit di wad Hemodialysis dan Talasemia.

Ziarah Kasih itu adalah diilhamkan oleh isteri Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datin Seri Linda Ewit selaku Penasihat Wanita PBS Bahagian Kundasang.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PBS Kundasang, Aini Tampik.

Dounis mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut yang sudahpun diadakan di kebanyakan kawasan dalam DUN Kundasang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN