28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Julai 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

James lawat mangsa banjir

JAMES (ketiga dari kiri) .. mendengar taklimat disampaikan salah seorang pegawai JPKA yang berada di PPS Pusat Kebudayaan Penampang, pada Selasa.

PENAMPANG: Menteri Pembnagunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib telah meluangkan masa untuk melawat mangsa-mangsa banjir di kawasan ini pada hari Selasa.

“Selepas menghadiri beberapa program hari ini, saya seterusnya melawat mangsa-mangsa terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Kebudayaan Penampang.

“Setakat jam 12 tengahari, 02 Julai 2024, seramai 296 orang dari 138 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar ditempatkan di PPS di sini.

“Bagaimanapun, mengikut rekod semasa, hanya tinggal 97 KIR yang masih berada di PPS ini selepas 41 KIR mendaftar keluar,” katanya.

Menurut James, kementerian beliau iaitu, melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) telah menghantar bantuan awal berupa makanan kepada mereka yang berlindung sementara di PPS berkenaan.

Tambah beliau, mangsa-mangsa banjir juga akan menerima bantuan bakul makanan semasa mendaftar keluar nanti.

“Semoga mangsa-mangsa terjejas banjir di Penampang dan kawasan-kawasan lain, tabah menghadapi dugaan dan diberikan kekuatan disaat-saat sukar ini.

“Terima kasih YAB Berhormat Ketua Menteri Sabah, Toh Puan yang mewakili Yayasan Tun Juhar, rakan-rakan dalam Jemaah Menteri Sabah, Ahli Parlimen Penampang dan juga kepada badan-badan NGO, sukarelawan dan semua pihak yang telah tampil membantu meringankan beban kesusahan dihadapi mereka,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN