25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 27, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KCCI Labuan  kecewa Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan tidak diwakili  oleh masyarakat KDM

Paul Ipoh Leokim

LABUAN: Dewan Pernigaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) Labuan menzahirkan rasa terkilan dan kecewa apabila tidak ada seorang pun  pemimpin masyarakat KDM dilibatkan dalam anggota Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang baharu dilantik.

Pengerusinya, Paul Ipoh Leokin berkata, jika sebelum ini masyarakat etnik khususnya masyarakat Kadazan Dusun (KDM)  turut dilibatkan dalam menganggotai Ahli Majlis Penasihat, namun di bawah Kerajaan Perpaduan  penglibatan masyarakat Kadazan Dusun  terpinggir.

“KCCI Bahagian Labuan sedikit terkilan apabila tidak ada kempimpinan daripada kaum masyarakat KDM dilantik untuk mengonggatai Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

“Ketiadaan pemimpin KDM dalam anggota Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sedikiti sebanyak telah menimbulkan   ketidakadilan dalam kepelbagaian kaum  yang boleh menyumbang dalam menyuarakan pendapat dan pandangan yang bernas dalam mengangkat martabat Labuan sebagai sebuah pulau yang dinamik” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh kenyataan Setiausaha Parti Bersatu Sabah Bahagian Labuan, Spencer Panjangou dan juga kenyataan Ahli Majlis Tertinghi KDCA Sabah,  Peter Pikul yang  mengambarkan pelantikan ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan begi sesi 2023-2025  dibuat tanpa mengambil kira komposisi kaum yang boleh menyuarakan dalam   memperjuangkan kemajuan dan ekonomi Labuan.

“Tidak dapat dinafikan masyarakat KDM di Labuan  telah memainkan peranan bukan sahaja dalam membantu meningkatkan sumber ekonomi Labuan tetapi  juga  membantu dalam membangunkan Labuan” katanya.

Paul berkata,  tanpa penglibatan wakil masyarakat KDM  dalam Ahli Majlis Penasihat  Perbadanan Labuan ia   secara langsung telah mengenepikan  suara masyarakat KDM dan mengenepikan kerharmonian dan semangat perpaduan  dikalangan masyarakat pelbagai kaum.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN