26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KONVOKESYEN UCSF 2024 CIPTA SEJARAH, PENUH WARNA-WARNI

Pasangan adik-beradik Siti Alfaiza (kiri) bersama-sama Azmi dan Marina bergambar kenangan selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-3 UCSF.

KOTA KINABALU: Majlis Konvokesyen Universiti College Sabah Foundation (UCSF) Ke-3 Tahun 2024 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) Sabtu lalu mencipta sejarah sendiri dan penuh berwarna-warni dan meriah.

Lebih 500 tetamu menghadiri majlis itu terdiri daripada graduan dan Ibu-bapa mereka, para pensyarah, kakitangan UCSF dan tetamu jemputan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Canselor UCSF menyampaikan sijil kepada para graduan.

Antara yang menarik selain perkembangan kerjaya para graduan, terdapat juga calon yang menamatkan pengajian tahun lalu terus melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya, juga telah tamat pengajian tahun ini.

Tahun ini merupakan double celebration bagi Nurnabilah Berhaman (B.A (Hons) Development Studies with Media Communication) yang baru bergraduat akan menyambut satu lagi majlis konvokesyen tahun ini.

Selain itu, terdapat juga tiga beradik yang menyambut majlis konvokesyen bersama-sama kerana masing-masing menerima ijazah tamat pengajian di UCSF pada konvokesyen yang sama.

Ketiga-tiga beradik tersebut adalah Marina Binti Yusop (Bachelor of Hospitality and Tourism Management), Siti Alfaiza Binti Yusop (Bachelor of Hospitality and Tourism Management) dan Azmi Bin Yusop (Bachelor of Accounting).

Di samping itu, dua beradik yang bergraduat bersama iaitu Daniel Deawod Chin (Bachelor in Hospitality and Tourism Management) dan Isabella May Chin (Diploma in Visual Arts).

Sementara itu terdapat juga tiga pasangan kembar seiras yang bergraduat pada majlis tersebut. Mereka ialah pasangan beradik kembar Putre Bayitoh dan Putre Bayiwata Binti Samdin yang menamatkan pengajian Diploma in Animation, Alicia Chan Xue Jing dan Alison Chan Xue Wen yang menamatkan pengajian diploma dalam bidang Visual Arts and Design, manakala Arvinder Kaur A/P Narwant Singh dan Salvinder Kaur A/P Narwant Singh menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Business Administration.

Dalam pada itu, Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris ketika ditemui berkata, graduan UCSF sangat aktif walaupun telah menamatkan pengajian mereka.

“Ada yang sempat terlibat dalam aktiviti University Social Responsibility (USR) 2 minggu lalu. Syabas kepada Natasha, Marina, Kalvin, Alisha, Salsila dan banyak sahabat lain yang sangat komited dalam aktiviti khidmat masyarakat”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN