26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KUSKOP jayakan fokus tambahan di Sabah dan Sarawak di bawah Kerajaan Madani

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited menjayakan fokus tambahan yang bersesuaian dengan keperluan usahawan dan koperasi di Sabah dan Sarawak di bawah Kerajaan Madani.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, antara fokus tambahan KUSKOP ialah Projek Premis Tamu Desa, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), Geran Usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak (BEEP Plus), Skim Pembiayaan Industri Kraf dan Bantuan Pembangunan Koperasi Pelancongan (JEJAK Koperasi).

Beliau berkata, KUSKOP juga merancang untuk membangunkan Hub SME di Sabah dan Sarawak serta program penstabilan harga barangan melalui gerakan koperasi.

ā€œKementerian dan agensi-agensi akan terus memperkasa capaian perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh negara selain membangunkan fokus-fokus tambahan yang bersesuaian di Sabah dan Sarawak.

ā€œPerdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberi ruang untuk menjayakan halatuju kementerian sesuai dengan gagasan Malaysia Madan,ā€ katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Program Ministerial Talk ā€œPolisi Pandang Ke Timur: Perspektif KUSKOPā€, di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Ewon turut berkongsi halatujunya sebagai menteri KUSKOP.

ā€œTanpa menjejaskan fokus sedia ada kementerian di seluruh negara, saya ingin melihat fokus tambahan dapat diberikan kepada Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

ā€œKemajuan ekonomi selama ini berkembang pesat di Semenanjung, sudah tiba masanya dasar pandang ke Timur dalam negara dibangunkan untuk membangunkan dengan lebih pesat potensi ekonomi Sabah dan Sarawak seiring kerancakan ekonomi negara jiran,ā€ katanya.

Oleh itu katanya, dasar pandang ke Timur boleh bermula daripada KUSKOP.

Beliau berkata, dasar pandang ke Timur bukan setakat memperkenalkan skim-skim pembiayaan baharu kepada usahawan di Sabah dan Sarawak tetapi juga membawa lebih banyak program kementerian.

ā€œAntara program KUSKOP yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak pada tahun lalu dan tahun ini termasuklah sambutan Hari Koperasi dan Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan yang julung kali diadakan di Sabah dan karnival-karnival usahawan anjuran agensi-agensi KUSKOP.

ā€œKita juga telah meluaskan perkhidmatan agensi-agensi kementerian di Sabah dan Sarawak melalui pembukaan Pejabat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di Kota Kinabalu dan Sarawak, pembukaan cawangan Pejabat Tekun Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA), pembukaan cawangan baharu Bank Bergerak dan kemudahan ATM baharu Bank Rakyat,ā€ katanya.

Katanya lagi, kementerian juga melantik ketua-ketua agensi KUSKOP di Sabah dan Sarawak dari kalangan penjawat tempatan.

ā€œBorneonisasi perkhidmatan awam persekutuan di Sabah dan Sarawak merupakan saru perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang sedang ditangani dan dibincangkan dalam semua peringkat berkaitan termasuk Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63),ā€ katanya.

Ewon berkata, bagi memantapkan lagi pelaksanaan program-program keusahawanan di Sabah dan Sarawak, jawatankuasa penyelarasan pembangunan keusahawanan Sabah dan Sarawak dan Majlis Pembangunan Usahawan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Sabah dan Bahagian Sarawak telah ditubuhkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN