25 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LDA Holding Jangkakanlebih 30, 000 pengunjung kunjungi Karnival Hari Malaysia di Labuan

Noor Halim Datuk Zaini.

LABUAN: LDA Holding menjangkakan lebih 30 pengunjung dari dalam dan luar akan mengunjungi Karnival Hari Malaysia yang akan diadakan di padang Dataran Labuan bermula 13-16 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding, Noor Halim Datuk Zaini berkata LDA Holding sebagai kordinator karnival bersama Perbadanan Labuan akan menganjurkan Karnival Hari Malaysia yang turut  mendapat kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), JK Bal Sport dan  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI).

“Karnival empat hari itu melibatkan acara Pearl Borneo Run yang dikelolakan oleh JK Bal Sport, Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah Terbuka Labuan bagi merebut Piala Perbadanan Labuan dan Pertandinagn sepak penalti di kelolakan LAFA dan Ceramah Agama Jemputan Ustad Da’sad Latif yang akan dikelolakan oleh JAWI sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Labuan” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Noor Halim berkata, bagi acara Pearl of Borneo Run yang melibatkan 870 peserta dalam dan luar negara akan dijalankan pada 15 September, manakala  acara Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah Terbuka Labuan akan diadakan pada 13 hingga 15 September dan Pertandinagan sepak penalti pula akan diadakan pada 16 September dari 04:00 petang hingga 10:00 malam.

Sementara itu acara Ceramah Agama Jemputan Ustaz Da’sad Latif akan diadakan pada pagi 16 September sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Labuan yang dianjurkan sepenuhnya oleh JAWI.

“Selain itu turut menjadi tumpuan sepanjang karnival itu nanti ialah pesta makanan  dan pelbagai barangan jualan produk tempatan.” , katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan Karnival Sambutan Hari Malaysia ini adalah kesinambungan daripada acara Sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat Labuan  dan  Hari Perpaduan yang mendapat Sambutan diluar jangkaan, malah program satu bumbung itu telah  banyak menjimatkan kos penganjuran khususnya yang melibatkan penggunaan lokasi dan logistik.

“LDA Holding sentiasa memberi kerjasama dan bertindak sebagai kordinator acara acara utama di Labuan bagi mewujudkan konsep karnival yang lebih kondusif dan meriah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN