26 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 100 Sukarelawan sertai Program CSR  remajakan semula Pulau Rusukan Besar

NORIDAH (tengah) bersama sukarelawan yang menjayakan program CSR di Pulau Rusukan Besar, pada Ahad

LABUAN: Lebih 100 Sukarelawan terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan kolej Dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai Program Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu usaha kerajaan Meremajakan semula Pulau Rusukan Besar sebagai destinasi pelancongan.

Ok anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbadanan Labuan itu turut disertai rakan strategik Perbadanan Labuan Persatuan Penggiat Media Labuan dan  Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Program tersebut dilancarkan oleh  Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail serta beberapa Pengarah Bahagian Perbadanan Labuan.

Pelajar UMSKAL dan Kolej Matrikulasi Labuan bergotong royong  mengindahkan kawasan Pulau Rusukan.

Terdahulu, Noridah ketika ditemui berkata,  program tersebut adalah salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan Dan Meremajakan semula Pulau Rusukan Besar sebagai salah destinasi pelancongan yang menarik di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pelaksanaan program CSR ini melibatkan kerja kerja pembersihan dan pengindahan Pulau Rusukan yang akan dilaksanakan  tiga siri  setiap hujung minggu melibatkan lebih 300 Sukarelawan.

“Siri pertama sepertimana yang kita laksanakan hari ini melibatkan 100 Sukarelawan bagi kerja kerja pembersihan secara menyeluruh..dan siri seterusnya yang akan dilaksanakan pada minggu depan melibatkan kerja kerja pembersihan dan pengindahan termasuk kerja kerja membaiki fasiliti yang sedia ada di pulau ini” katanya, ketika ditemui pada program tersebut.

Sementara itu katanya, siri terakhir  merangkumi final touch up oleh Persatuan Penggiat Media Labuan dan pelaksanasn aktiviti promosi Dan publisiti menerusi rakaman kandungan digital berkaitan Wilayah Persekutuan Labuan termasuk keindahan Pulau Rusukan Besar agar dikongsi oleh nitezen dengan neratif positif sekaligus menaikkan rating keunikan Pulau Rusukan Besar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN