30 C
Kota Kinabalu
Rabu, September 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 7,000 umat Islam sertai Sambutan Maulidur Rasul peringkat Labuan

Simsudin (tiga kanan), Rithuan (dua kanan,) bersama ketua ketua jabatanĀ  berarak sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Labuan

LABUAN: Lebih 7,000 umat Islam membanjiri padang Dataran Labuan bagi menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M peringkat Labuan yang berlangsung pagi kelmarin.

Sebanyak 72 kontijen yang melibatkan agensi kerajaan, swasta, Pasukan Beruniform Badan Bukan Kerajaan (NGO), Masjid, Sekolah dan Kampung menyertai pertandingan sepanduk dan perarakan sejauh 3 km bermula di Dataran Labuan menuju ke Masjid Jamek An Nur dan kembali semula ke Dataran Labuan.

Perarakan yang bermula Sekitar 7.30 pagi itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Ustaz Daā€™sad Latif ketika menyampaikan Ceramah di Dataran Labuan.

Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail serta Ketua Ketua Jabatan dan agensi kerajaan serta  pemimpin masyarakatbsetempat.

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini tambah meriah apabila diselitkan dengan ceramah agama Jemputan khas yang didatangkan  dari Indonesia, iaitu pendakwah  bebas Ustaz Daā€™sad Latif.

Sambutan Maulidur Rasul dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan agensi kerajaan yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN