25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 7,000 warga Labuan  jayakan  Fit Malaysia 2023 peringkat Labuan

FIT MALAYSIA… Rithuan  (berdiri belakang tengah), Simsudin (berdiri belakang dua dari kanan) bersama ketua ketua jabatan yang menjayakan Program Jelajah Fit Malaysia 2023 peringkat Labuan.

LABUAN: Lebih 7,000 warga Labuan pelbagai peringkat umur menjayakan Program Jelajah Fit Malaysia peringkat Labuan yang berlangsung di tempat letak kereta Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada Ahad.

Program yang melibatkan pelbagai acara sukan itu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan  Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Syahffie Haji Japril.

Terdahulu, Rithuan ketika berucap merasmikan program tersebut berkata, program jelajah Fit Malaysia telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bertujuan untuk memperkasakan gaya hidup yang sihat dan  aktif bersukan selari dengan  visi Sukan Negara 2030 untuk mencapai   status Malaysia sebagai sebuah  negara sukan @sport nation.

Selain itu ia  juga, sebagai salah satu medium meningkatkan semangat  perpaduan dikalangan masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di pulau ini.

Antara acara sukan yang mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat ialah  Aerobikton, Fun Walk 35 kilometer, Fun Run 3 kilometer, Fun Ride 30 kilometer, kayak, futsal, boling padang,  petanque serta beberapa sukan lain yang disediakan oleh pihak penganjur.

Turut dilangsungkan sempena program itu ialah Program Genta Belia yang bertujuan  memberi pendedahan berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi belia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN