28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Julai 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Madius persoal sama ada Perkara 112C Bahagian IV Jadual Kesepuluh diiktiraf sebagai Hak Perlembagaan Sabah

Madius Tangau

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mempersoalkan sama ada Kerajaan Persekutuan mengiktiraf Perkara 112C Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan sebagai Hak Perlembagaan Sabah.

Walau bagaimanapun, pertanyaan yang diajukan dalam sesi Soalan Lisan pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini disifatkan tidak wajar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Azalina dalam jawapan bertulis berkata, pertanyaan itu tidak wajar dibincangkan kerana tidak menepati Peraturan Mesyuarat 23(1)(g)
Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ia memandangkan soalan tersebut merupakan suatu pertanyaan yang menggelengcongkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah (likely to prejudice a case under trial).

“Ia juga merupakan suatu perkara yang masih dalam timbangan mahkamah (sub judice),” katanya.

Untuk rekod, Perkara 112C Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan pemberian Hak Perlembagaan kepada Sabah untuk mendapatkan â…– ataupun 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil persekutuan daripada Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN