29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MBM terus memperkasakan golongan belia akar umbi

Hanif (tiga dari kanan, Mahyuddin (tengah) dan Nazera (tiga dari kiri) pada Program Reach Out di KML baru baru ini.


LABUAN: Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Rakan Muda akan terus memperkasakan golongan belia akar umbi khususnya belia Labuan dengan memperbanyakan program yang memberi manfaat kepada komuniti.


Itu adalah antara yang ditekankan oleh MBM pada program reach out bersama komuniti yang dianjurkan oleh Majlis Belia Labuan (MBL) sempena dengan lawatan delegasi MBM ke Labuan baru baru ini.
Delegasi dua hari itu telah diketuai oleh Setiausaha Agung MBM, Hanif Harun.


Sepanjang berada dua hari di Labuan delegasi tersebut turut mengadakan pertemuan dengan persatuan belia tunggal dan para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML).


Antara pengisian program tersebut termasuklah forum berkaitan halatuju belia Labuan, perkongsian mengenai peluang menyertai pertubuhan belia, Kahoot dan sebagainya.


Sementara itu, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Nazera Roslan berkata, program Reach Out Belia Bersama Komuniti peringkat Labuan telah mencapai sasaran bukan sahaja dalam memperkasakan komuniti tetapi juga dalam memartabatkan golongan belia.


Nazera berkata, program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Chery Malaysia dan Projek Belia Mahir.


Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, Mohd. Mahyuddin
Hadir sama dalam menjayakan program tersebut Bendahari Kehormat MBM, Izham Ahmad dan Exco MBM Dr Fauzi Fadzil serta barisan kepimpinan MBL.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN