31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 3, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Media sosial medium penentu kemenangan UMNO dan BN- Mohd Rafi

Gambar…Mohd Rafi (duduk tengah) bersama Dr Mohamad Akmal (duduk empat dari kanan) ketika hadir pada Perasmian Mesyuarat Wanita Pemuda Puteri UMNO Bahagian Labuan pada Sabtu.

LABUAN:Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Mohd Rafi Ali Hassan menyeru semua jentera parti dan ahli ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk menguasai media sosial.

Ini kerana dalam dunia yang semakin cangih ini, ahli ahli UMNO  perlu mempunyai kelebihan dengan menguasai media sosial yang bukan sahaja sebagai benting mempertahankan fitnah dalam media sosial terhadap parti, tetapi sebagai medium penentu kepada kemenangan UMNO pada pilihan raya yang akan datang.

“UMNO telah melakukan pelbagai kejayaan bukan sahaja dalam pembangunan negara tetapi juga dalam membantu rakyat…tetapi malangnya apa yang dilakukan oleh UMNO selama ini tidak diketahui sepenuhnya oleh rakyat….kerana apa, sebab kita gagal menguasai media sosial” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri  UMNO Bahagian Labuan yang dirasmikan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Mohamad Akmal Saleh disini pada Sabtu.

Justeru itu beliau menyeru kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk lebih agresif menguasai media sosial  seperti Tik Tok dan Facebook kerana inilah tanggungjawab kita untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada UMNO.

Dalam waktu yang Sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera parti UMNO Bahagian Labuan kerana telah memainkan peranan penting dalam menjayakan Program Peduli Rakyat yang kini menjadi ikutan kepada  UMNO Bahagian lain.

Katanya UMNO Labuan telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu rakyat tanpa bermusim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN