29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MLC bantu warga ‘susah’

BANTUAN….Andy bersama pasukan ketika menyerahkan bantuan kepada  salah seorang warga  yang memerlukan bantuan

LABUAN:  Pertubuhan Kebajikan Warga Labuan (MLC)  sebuah pertubuhan amal kebajikan  terus memainkan peranan dalam membantu golongan warga ‘susah’ yang mnghadapi kesempitan hidup  termasuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pengerusinya Andy Yong  berkata, pihaknya akan terus menghulurkan sumbangan sebagai tanda keprihatinan  warga Labuan kepada golongan tersebut .

“ MLC  telah menerima dana sebanyak RM10,000  daripada sebuah syarikat Amanah yang beroperasi di Labuan  melalui Program  Spread The Love  untuk membantu warga Labuan yang memerlukan bantuan terutamanya warga emas, OKU dan kelompok  yang dikategorikan sebagai  golongan susah (asnaf dan  fakir).

“Setakat ini kami telahpun  mengaggihkan bantuan berupa makanan dan keperluan  asas kepada warga emas dan OKU, selain itu kami juga membantu menyumbangkan  peralatan sekolah untuk anak-anak keluarga yang kurang berkemampuan” katanya  di sini, kelmarin.

MLC juga katanya  turut menawarkan perkhidmatan baik pulih barangan elektrik  yang rosak seperti kipas angin, peti sejuk,  radio dan televisyen   secara percuma kepada golongan tersebut.

Beliau berharap dengan bantuan yang diberikan bukan sahaja akan meringankan beban keluarga tetapi juga  membantu mengeluarkan mereka daripada  kesempitan hidup dan kemiskinan. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN