31 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MPM Sdn. Bhd peruntukan RM 10 juta naik taraf Terminal Pelabuhan Labuan Liberty


Oleh: JD


LABUAN: Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd (MPM Sdn. Bhd) yang mengambil alih secara rasmi pengurusan Terminal Labuan Liberty bermula hari ini (1 April 2020) akan memperuntukan RM 10 juta bagi menaik taraf kemudahan yang terdapat di terminal tersebut.


Syarikat itu dalam satu kenyataan media hari ini berkata, MPM Sdn. Bhd yang telah menerima anugerah kontrak selama enam tahun bermula 1 April 2020 akan memperuntukan RM 10 juta bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan yang terdapat di terminal tersebut.


Menurut kenyataan itu, pihaknya perlu mengoptimumkan penggunaan Pelabuhan Labuan dengan meningkatkan beberapa kemudahan seperti membaik pulih tapak penyimpanan kontena, meningkatkan sistem keselamatan gudang serta menaik taraf sistem perparitan di sekeliling kawasan terminal tersebut.

Terminal Pelabuhan Labuan Liberty yang akan dikendalikan pengoperasiannya oleh MPM Sdn. Bhd.


Dalam waktu yang sama syarikat itu juga memerlukan dana segar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan bagi memberi keselesaan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga pengguna pelabuhan.


Perkhidmatan yang bakal dilaksanakan bukan sahaja terhad kepada pengurusan kontena, gudang, stesen barangan kontena, dan tambatan tetapi juga melibatkan perkhidmatan seperti tug pelabuhan, stevedoring, bunkering, dan kapal konvensional.


“Kontrak baru yang dianugerahkan oleh Lembaga Pelabuhan Labuan adalah peluang untuk syarikat meneroka ke dalam perkhidmatan pengurusan pelabuhan yang boleh melengkapkan perniagaan sedia ada seperti perdagangan minyak dan perkhidmatan bunkering” kata kenyataan itu lagi
Pelabuhan Labuan yang terletak di Malaysia Timur dengan keluasan 355.6 meter dan kedalaman antara 4.6 meter hingga 10 meter boleh menampung kapasiti berat muatan sehingga 16,000 tan.


Pelabuhan Labuan ketika ini menerima kapal yang membawa masuk kontena, bahan cecair kering dan cecair, kargo am dan juga produk minyak dan gas.


Kontrak perkhidmatan pengurusan pelabuhan akan dilaksanakan oleh Megah Port Management Sdn. Bhd., di mana Straits Inter Logistics menguasai 51 peratus menerusi langganan saham yang dicadangkan. Manakala 49 peratus dikuasai oleh LPM Holdings Sdn. Bhd. –TAMAT


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN