26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Labuan  Legend juara sepakan penalti sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat Labuan.

JUARA…pasukan Labuan Legend menerima hadiah daripada Felix.

LABUAN: Pasukan Labuan Legend menjuarai pertandingan Sepakan tendangan penalti (Bola sepak) sempena Sambutan Hari Malaysia 2024 peringkat Labuan.

Pasukan Labuan Legend yang dibarisi Marni Bustani, Mazlan Masrie, Bakarudin dan Machan Andangon muncul juara Selepas menundukan pasukan Royal 4-3 dalam aksi final untuk membawa pulang  hadiah wang tunai RM2,000.

Manakala pasukan Royal yang dibarisi  Fandy Mohd, Nor Azlan Kadir dan Mohd Hazmie  Anwar berkongsi hadiah wang tunai RM1,500 selaku naib juara.

Tempat ketiga  dimenangi pasukan TUDM selepas menewaskan pasukan LDA Holding dengan jaringan 4-2.

Pasukan TUDM yang dibarisi pemain, Muhammad Aifa Mat Bauya, Ibrahim Muhamat, Khairul Aizan Yazid dan  Gobalan a/l Verapan yang sebelum ini diramal menjadi pasukan pilihan untuk juara terkandas di peringkat separuh akhir  selepas tewas dengan pasukan  Labuan Legend untuk menerima hadiah wang tunai RM1,000.

NAIB JUARA…pasukan Royal menerima hadiah daripada Felix.

LDA Holding yang diwakili, Muhammad Syahm, Mohammad Zahairi, Mohd Shahfwan dan Nordin Jair ditempat keempat menerima hadiah wang tunai RM500.00

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Labuan, Felix Den Anthony Paru.

Pertandingan Sepakan Penalti yang mula popular di Labuan dianjurkan bersama LDA Holding, Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dan Perbadanan Labuan disertai sebanyak 65 pasukan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding, Noor Halim Datuk Zaini dan Presiden LAFA, Sophian Said.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN