31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penggubalan Akta 852 Ambil Kira Semua Aspek

Cenderhati kepada Asits (kiri) yang disampaikan oleh Edmund (kanan).4

KOTA KINABALU : Penggubalan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) mengambil kira semua aspek. 


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr. Asits Sanna berkata, pihak kerajaan sudah berbelanja besar bagi merawat pelbagai jenis penyakit kronik yang disebabkan oleh merokok.


“Oleh itu, intervensi awal perlu dilaksanakan untuk mengelakkan generasi akan datang terus terjerumus dengan tabiat merokok di samping bagi melahirkan masyarakat khususnya belia sihat tanpa asap rokok. 


“Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggubal Akta 852 dengan merangkumi semua aspek termasuk peraturan, kesalahan dan hukuman bagi setiap pelanggaran yang dilakukan. 


“KKM mengambil maklum akan kegusaran beberapa pihak terutama peniaga, pemain industri dan masyarakat yang terkesan namun sebelum akta ini digubal dan diwartakan semua aspek sudah pun diambil kira,” katanya ketika berucap merasmikan Ops Mega Bersepadu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 di Dewan Auditorium Komplek Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), pada Selasa. 


Menurut beliau, operasi berkenaan ini dilakukan secara berhemah dan berbentuk Educational Enforcement untuk mudah memberi kefahaman kepada golongan yang terkesan agar dapat mematuhi Akta 852.


“Selain JKNS, Ops Bersepadu ini melibatkan beberapa agensi antaranya Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selain Kastam Diraja Malaysia yang akan memainkan peranan masing-masing di samping membantu mempromosi intipati Akta 852. 


Asits menambah, penggunaan rokok elektronik dan bahan pengganti tembakau menjadi cabaran pada memandangkan beberapa kajian menyatakan prevalen penggunaan rokok elektronik semakin meningkat saban tahun. 


“Oleh itu, elemen berkaitan penggunaan rokok elektronik dan bahan pengganti tembakau telah dimasukkan dalam liputan Akta 852. 


“Diharapkan agar pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan profesional,” ujarnya. 


Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah, SAC Datuk Mohd Azhar Hamin, Ketua Sektor Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Dr Nimal Kaur dan Penolong Setiausaha Persekutuan Sabah, Patrick Laing Ngau.Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN