25 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penjara Lahad Datu Kurangkan Isu Kesesakan Prospek – Shamsul

Tun Juhar (tengah) menandatangani Plat Perasmian sempena perasmian Penjara Lahad Datu, sambil saksikan James (kanan), Shamsul (kiri) dan Nordin Muhamad (kedua kanan)

LAHAD DATU: Kompleks Penjara Lahad Datu mampu mengurangkan isu kesesakan penjara sedia ada di negeri ini.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengoperasian Penjara Lahad Datu yang boleh menempatkan 1,500 orang mampu mengatasi kesesakan prospek dalam penjara sedia ada.

“Kompleks Penjara Lahad Datu boleh menempatkan seramai 1,500 orang prospek dan ia menunjukkan bukti serta komitmen kerajaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipelihara, ia juga dilengkapi dengan kemudahan teknologi moden selaras dengan fungsinya sebagai institusi penjara kategori maksimum yang boleh menempatkan prospek dalam pelbagai kategori.
“Justeru, pengoperasian penjara

 ini dapat membantu mengurangkan isu kesesakan penjara yang dialami institusi penjara lain khususnya di Sabah seperti penjara pusat di Kota Kinabalu, Penjara Tawau, Penjara Sandakan dan pusat koreksional Labuan.

“Selain itu, ia juga dilihat langkah positif dalam meningkatkan kualiti penahanan dengan menitik beratkan aspek layanan kepada prospek sepanjang menjalani hukuman dengan kemudahan yang disediakan. 

“Saya juga difahamkan bahawa kompleks ini telah diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak Lahad Datu dan Pusat Pemulihan Khas Lahad Datu yang dijangka akan menampatlan tahanan dalam masa terdekat ini, justeru 

peranan penjara ini bukan sahaja sebagai agensi pelaksana hukuman semata-mata tetapi ianya telah ditransformasikan kepada institusi pemulihan bagi persediaan prospek sebelum mereka kembali semula ke dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penjara Lahad Datu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di sini, pada Selasa.Beliau berharap, dengan kemudahan yang lengkap pada Penjara Lahad Datu akan mampu memperbaiki akhlak prospek dan kembali kepada masyarakat dengan berguna.


“Penjara Lahad Datu juga kini dilihat sebagai satu transformasi penjara lama ke penjara yang paling moden di Malaysia, ia dilengkapi dengan sistem keselamatan elektronik bersepadu, ia juga merupakan salah satu mercu tanda di daerah Lahad Datu khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur keselamatan komuniti.


“Besarlah harapan kita bahawa dengan kemudahan yang lebih baik prospek akan dapat peluang kedua untuk memperbaiki

 diri melalui program pemulihan di dalam dan di luar penjara setelah kembali ke pangkuan masyarakat bagi individu yang berguna dan seterusnya mampu untuk menjana pendapatan kepada negeri dan tentunya kepada negara ini.
“Perkara ini selaras dengan hala tuju Jaba

tan Penjara sebagai pusat pembangunan peradaban budaya kemanusiaan yang menekankan kepada pemulihan berimpak tinggi bagi mengembalikan insan perkasa untuk menjadi warga negara yang patuh kepada undang-undang dari segi rohani dan jasmani,” jelasnya.

Turut hadir, Isteri kepada Tun Juhar, Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Norlidah R.M Jasni, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Seri Nordin Muhamad, 

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Mohammad Yusuf Apdal, Pengarah Penjara Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Nora Musa dan Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul.- Penerangan-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN