25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Oktober 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Produk industri agromakanan tempatan diyakini dapat menembusi pasaran global: Phoong

KENINGAU: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Industri Dan Keusahawan Sabah yakin lebih banyak lagi produk industri agromakanan keluaran usahawan tempatan dapat menembusi pasaran global.

Menterinya, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, ini tidak mustahil kerana pada masa ini beberapa produk industri agromakanan yang telah berjaya menembusi pasaran di luar negara.

Katanya, antaranya adalah keropok amplang produk keluaran daerah Tawau telah menembusi pasaran di negara Jepun.

“Kita juga ada produk agromakanan seperti aiskrim potong yang sudah menembusi pasaran di China dan Hong Kong serta tempi yang menembusi pasaran di New Zealand” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di Kolej Geometika di sini pada Isnin.

Selain itu katanya, limau pamelo hasil usahawan tempatan di daerah Tenom juga kini sudah menembusi pasaran di negara jiran Singapura.

Dalam masa yang sama Phoong berkata, Sabah telah mendapat satu pencapaian yang amat memberangsangkan dalam sektor pembuatan.

“Dalam sektor ini kita telah mencapai peningkatan 4.4 peratus pada tahun 2023 merupakab yang tertinggi di Malaysia berbanding 0.17 peratus tahun sebelumnya” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, Sabah perlu terus melonjak pembangunan ekonomi khasnya dalam perindustrian seiring dengan negara-negara lain di dunia yang mahu membangunkan industi semula.

“Kalau kita lihat Amerika Syarikat, industri perkilangan di negara itu telah menyepi selama lebih kurang 34 tahun, kini mereka menarik semula pemain industri dari negara China kembali melabur di negara mereka” kata Phoong.

Ini katanya, menunjukkan betapa pentingnya pelbagai industri di Sabah perlu diperkasakan kerana ia bukan sahaja melonjakkan ekonomi negeri tetapi sekali gus mengwujudkan lebih banyak pekerjaan.

“Seecara jujurnya dari segi perindustrian, Sabah memang di belakang tetapi dengan usaha gigih kerajaan dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita sedang berusaha melonjakkan perindustrian dalam beberapa sektor yang kita kena fokus dan yang berpotensi” katanya.

Sehubungan dengan ini katanya, Sabah berjaya menarik pelabur dari negara Korea Selatan dan China dalam industri perkilangan dengan pelaburan berbilion ringgit dan sekali gus mengwujudkan beribu-ribu pekerjaan.

Dalam perkembangan lain Phoong berkata, dalam usaha membantu usahawan tempatan, beliau sedang mengadakan jelajah santuni industri tempatan di seluruh Sabah.

“Dalam jelajah ini saya dan agensi dibawah Kementerian telah berjaya melawat 50 kilang tempatan yang saya sasarkan. Sepanjang jelajah saya telah melihat beberapa bidang ataupun beberapa kilang tempatan yang mempunyai potensi besar, sebagai contoh kilang amplang di Tawau dan juga kilang kopi di Tenom dan juga ada kilang di Keningau dan sebagainya” jelasnya lagi.

Ini katanya, menunjukkan Sabah memang ada industri tempatan yang mempunyai potensi besar untuk memasarkan hasil industri mereka diperingkat global.

“Kita akan teruskan membantu industri tempatan untuk gah ke pasaran global kerana kita di Sabah cuma mempunyai 3.7 juta penduduk. Kalau kita mahu industri berskala besar, kita mestilah kena fikir pasaran diperingkat global” katanya,

Itulah sebabnya katanya, kerajaan sedang membantu pemain-pemain industri tempatan untuk dapatkan bantuan dari kerajaan sama ada persekutuan dan negeri sama ada dalam mesin atau dibekalkan peralatan pembungkusan yang memenuhi keperluan dunia agar produk mereka berjaya dieksport ke luar negara.

“Ini adalah satu inisiatif yang kita lakukan, kita mahu industri tempatan menembusi pasaran antara bangsa. Sehubungan dengan ini disamping saya giat menjelajah melihat industri tempatan, saya juga giat untuk melawat ke negara-negara luar untuk menarik pelabur-pelabur dari luar negara” tambahnya.

Pada majlis ini Phoong menyampaikan sumbangan Kementerian Pembangunan Industri Dan Keusahawan Sabah sebanyak RM20,000 untuk Kolej Geomatika Keningau.

Hadir sama Rektor/Vice President Kolej Geomatika Keningau Prof Madya Faridah Muri, Ahli Dewan Negara Puan Norita Sual, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Caption:

Phoong (duduk tengah) bersama Faridah (ketiga dari kanan), ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama warga Kolej Geomatika Keningau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN