30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Oktober 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah Catat Pelaburan RM11.34B Bilion Ketujuh Tertinggi di Malaysia

Dr. Joachim (dua dari kanan) menyerahkan anugerah Rising Star of The Year kepada Elica Paujin (dua dari kiri).

KOTA K8NABALU: Sabah mencatatkan RM11.34 bilion dalam pelaburan pada tahun 2023  menjadikan sebagai yang ketujuh tertinggi di Malaysia dengan 13.3 peratus daripada sektor pembuatan.  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kejayaan ini menunjukkan kemampuan Sabah untuk menarik pemain global dalam pelbagai industri dari pembuatan berteknologi tinggi hingga produk berasaskan tenaga boleh diperbaharui yang menunjukkan reputasi negeri sebagai destinasi pelaburan.


“Kita telah mencapai kejayaan dalam menarik pelaburan di sektor-sektor utama dan menarik pelaburan domestik dan asing.


“Sabah telah membuktikan bahawa ekonominya tahan lasak dan menunjukan pertumbuhan walaupun selama beberapa tahun yang lalu ekonomi sabah menghadapi  cabaran,” katanya semasa merasmikan Majlis Anugerah Gala Sabah Top Achievers 2024 (SATA24) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).


Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. 

Hajiji turut menjelaskan fokus Kerajaan Negeri kepada tiga tonggak asas seperti yang digariskan dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang memberi tumpuan kepada Pertanian, Industri dan Pelancongan; Melabur dalam Rakyat dan Meningkatkan Konektiviti dengan Pendekatan Hijau telah menempatkan kita di arah yang betul untuk membangun Sabah dalam tempoh lima tahun dari  tahun 2021.


Dalam majlis tersebut beliau menyatakan usahawan, pemimpin korporat dan inovator yang diiktiraf dalam Anugerah Gala Sabah Top Achievers 2024 telah memainkan peranan penting dalam kejayaan ini memajukan kemajuan negeri dan memastikan Sabah terus menjadi penyumbang yang kuat dan penting kepada ekonomi negara.

“Di masa akan datang, saya yakin bahawa program seperti SATA24 akan meningkatkan kedudukan Sabah baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa dengan meraihkan bakat dan kejayaan dari negeri ini.

“Semoga kejayaan anda memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk aktif menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan Sabah,”katanya.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 30 kategori anugerah yang ada termasuk Masterclass, Kecemerlangan Kepimpinan, dan Kecemerlangan Industri menampilkan penerima dari pelbagai industri.


Hadir sama, Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA), Datin Dr. Norlaili Alias, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri ASEAN (ACCI), Datuk Sohaimi Shahadan, Organising Chairperson, The Leader Online, Hema Kandy, Pengasas Bersama dan Pengarah My Events International, Datin Wira Sabrina Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr. Rosmawati Lasuki, J.P. -Penerangan-


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN