Oleh: Jainuddin Nasir
RANAU: Seramai 50 Anggota RELA Crisis Response Team (CRT) Daerah ini, turun ke lapangan bertugas bermula 18 Mac 2020 sehingga penularan wabak virus covid 19 ini selesai.
Pegawai Rela Daerah Ranau, PPjR AK. Damit Bin Pg.Yusof memberitahu pecahan anggota bertugas antaranya di Sekatan Jalan Raya seramai 25 Anggota RELA, jagaan Pusat saringan Covid 19 Hospital Ranau 8 anggota, 8 anggota lagi membuat kawalan keselamatan di Pusat Kuarantin Kem Wawasan Kundasang dan 9 Anggota membuat rondaan bersama Pegawai RELA yang diberi kuasa dibawah Akta 342 Kawalan Penyakit Berjangkit.
Menurutnya, seramai 50 Anggota RELA CRT Daerah Ranau turun ke lapangan adalah anggota yang bertugas secara rasmi di daerah itu bagi membantu pihak berkuasa PDRM dan melaksanakan tugas yang diamanahkan berdasarkan Arahan Tetap Ketua Pengarah RELA Malaysia.
Di pringkat kampung pula pula katanya, terdapat Platun RELA di kampung membuat tugasan secara sukarela dimana membuat Sentri dan kawalan di peringkat kampung, menyalurkan maklumat keadaan di kampung dan kawalan keselamatan kampung. Walau tugasan mereka dijalankan tanpa elaun dan sukarela, namun tidak mematahkan semangat anggota di kampung yang ingin berkhidmat dan menabur bakti kepada negara.
“Selain itu, telah diumumkan bahawa Hanya Polis, ATM dan RELA sahaja diberikan kuasa dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tanpa melibatkan orang awam, Sukarelawan Kampung dan KRT”, katanya ketika dihubungi kelmarin.
Ak Damit mengingatkan anggota RELA di lapangan agar menjaga nama baik Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), walau ada segelintir masyarakat kurang memandang RELA, namun ini masanya membuktikan kewibawaan RELA ketika berlaku suatu bencana atau musibah.
“Anggota RELA di lapangan juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan semasa PKP, bertugas dengan penuh integriti dan berdisiplin tinggi serta mematuhi tatacara pemakaian POD RELA yang betul sebelum menjalankan tugas dan amanah yang in in diberikan”, tambahnya. – TAMAT–