26 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 72 orang ketua-ketua adat DUN Bingkor terima watikah pelantikan.

Robert (duduk tengah) diapit oleh Azri (kiri) dan Danil (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama ketua-ketua adat.

KENINGAU: Seramai 72 orang ketua-ketua adat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor menerima watikah pelantikan.

Mereka yang menerima pelantikan terdiri daripada 6 orang Ketua Anak Negeri ( KAN), 13 orang Wakil Ketua Anak Negeri ( WKAN), 2 orang Ketua Masyarakat Cina dan 51 orang Ketua Kampung.

Upacara penyampaian watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin
di Ficus Hall Taman Bandukan Riverside Resort dekat sini pada Jumaat.

Semasa menyampaikan amanat Robert menyeru agar mereka yang dilantik dan diamanahkan sebagai pemegang adat perlu mengetahui lebih mendalam undang-undang Adat Anak Negeri Sabah.

Menurut, pelantikan ini adalah satu kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan.

Maka dengan itu katanya, semua pemegang adat yang telah diberikan amanah hendaklah melaksanakan tanggungjawab berpandukan dasar-dasar kerajaan.

“Ini penting supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Masyarakat dengan tulus dan berkesan” katanya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, pelantikan itu adalah satu tanggungjawab yang mana perlu dilaksanakan dengan penuh integeriti.

Beliau beryakinan Ketua-Ketua Adat dapat memelihara adat resam yang telah diamalkan secara turun tenurun sejak sekian lama dan diwarisi daripada nenek moyang.

Hadir sama Penolong Pegawai Keningau Azri Jefrey, Ketua Daerah N.40 Bingkor Danil Palangi dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor Junior Fred.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN