26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Jun 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SIBEC Bermula 2 September Depan – Rosmadi

Tun Juhar (tengah) ketika mengambil gambar kenangan bersama Rosmadi (empat dari kiri) dalam kunjungan tersebut.

KOTA KINABALU:  Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selama tiga hari mulai 2 September depan.

Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai berkata, persidangan tersebut menumpukan kepada kerjasama, inovasi dan pemuliharaan dalam konteks ekonomi sabah biru bagi mewujudkan masa depan yang mampan. 

“SIBEC turut melibatkan peserta daripada dalam dan luar negara iaitu sasaran penyertaan dari Sabah seramai 1,500 orang, Semenanjung 500 orang dan luar negara 500 orang.  “Setakat ini, penglibatan dari luar negara termasuk China, Korea, United Arab Emirates dan beberapa Speaker daripada Europe yang sudah mengesahkan kehadiran dalam persidangan itu.
“Persidangan tersebut memfokuskan penerokaan ekonomi biru lautan dalam 

yang diyakini mampu melonjakkan pendapatan ekonomi negeri dan dan boleh memakmurkan Negeri Sabah,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Dalam pada itu, Rosmadi turut memaklumkan tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membentangkan pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sepanjang tempoh tiga tahun iaitu daripada tahun 2021 hingga 2023, Pencapaian Program Menoktahkan Miskin Tegar Negeri Sabah serta Pembentangan Ekonomi Biru dan Sabah International  Blue Economy Conference (SIBEC).-PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN