28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Julai 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Slogan “UMNO Bangkit” kuatkan  semangat Ahli UMNO rampas semula kerusi tradisi UMNO di Labuan

Mohd Rafi ketika berucap pada Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan, pada Sabtu.

LABUAN:Laungan Slogan “UMNO Bangkit” yang dilaungkan oleh ahli ahli UMNO sejak bermulanya  mesyuarat UMNO cawangan sehinggalah ke Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian yang baru lalu telah nembangkitkan semangat ahli ahli UMNO di pulau ini untuk mrampas semula kerusi Barisan Nasional   yang menjadi kerusi tradisi UMNO ketika berlakunya Pilihan Raya Umum  (PRU) sejak beberapa dekat yang lalu.

Ketua UMNO Bahagian Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, UMNO Labuan sudah cukup bersedia untuk merampas semula kerusi itu pada bila bila masa PRU diadakan mahupun jika berlakunya Pilihan Raya Kecil. (PRK)

 “Walaupun Kita kalah pada PRU yang lalu dengan majoriti yang kecil, namun kekalahan itu ada hikmahnya untuk kita istiqamah dan  bangkit semula.

“Alhamdulillah selepas saya menerajui kepimpinan UMNO Labuan  telah menampakkan  perubahan yang luar biasa apabila lebih 70 peratus ahli ahli UMNO   berduyun duyun hadir ke mesyuarat cawangan seperti adanya kempen pilihan raya” katanya ketika berucap pada Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki pada Sabtu.

Beliau berkata kebangkitan UMNO Labuan yang luar biasa ini bukan kerja beliau seorang  sebaliknya kesepakatan  kepimpinan UMNO yang sebelum ini dipimpin oleh Datuk Bashir Alias dan Datuk Khalid serta kepimpinan sayap UMNO yang terdiri  Wanita, Pemuda dan Puteri  serta Ketua Ketua Cawangan  telah menyumbang kepada kebangkitan luar biasa UMNO di Labuan.

“Saya ucapkan terima kasih atas  semangat dan komitmen yang ditunjukan oleh kepimpinan dan ahli ahli UMNO di peringkat Bahagian dan akar umbi…kalau tidak lama sudah UMNO mungkin tidak ada di bumi Labuan” katanya.

Sementara itu, Mohd Rafi turut meminta kepada Setiausaha Agung (Dr Asyraf) untuk membawa suara UMNO Labuan ke pucuk pimpinan yang UMNO Labuan sudah bangkit semula dan bersedia menghadapi  PRU akan datang.

“UMNO Labuan yang lahir dari rahim rakyat ini bukan sahaja  sudah bersedia untuk berjuang pada  PRU akan datang tetapi juga berjuang untuk rakyat” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN