28 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

STARSABAH terus sokong penuh Kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

KENINGAU: STARSABAH terus menyokong penuh Kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Timbalan Presidennya Datuk Robert Tawik berkata, Hajiji telah membuktikan kepimpinannya dalam mengurus tadbir kerajaan Sabah sejak menjadi Ketua Menteri.

“Program Pembangunannya melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya ( SMJ ) membuktikan Hajiji berwawasan dalam membangunkan negeri dan rakyat Sabah” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Armizan Ali seorang Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah ( GRS ) bahawa sokongan Bung dah tak releven Hajiji Tetap Ketua Menteri Sabah.

Arrmizan yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Sabah dan Sarawak ) berkata tanpa sokongan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, Hajiji tetap mempunyai sokongan majoriti ADUN Sabah.

Menurut Robert, STARSABAH sebagai anggota Gabungan Rakyat Sabah terus memberikan sokongan penuh dan berdiri teguh dibelakang Hajiji dan GRS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Bingkor itu seterusnya mengajak kepada semua ahli dan pemimpin parti Gabungan GRS bersatu padu menyokong Hajiji selaku Ketua Menteri.

“Sekarang masa untuk bekerja dan menyantuni rakyat yang memerlukan perubahan dalam pelbagai aspek khususnya sara hidup yang begitu membebankan rakyat, meningkatkan ekonomi yang terjejas dengan pandemik covid19., pasarana dan lain lain.

Sabah perlu dibangunkan kerana Sabah ketinggalan jauh dari negeri negeri lain di negara ini” kata Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya

Maka itu ujarnya, masa sekarang bukan masa untuk berpolitik, tapi bersama-sama dengan Ketua Menteri bekerja, kerana kita masih ada dua tahun lebih lagi untuk merealisasikan Hala Tuju SMJ.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN