25 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga pelajar terbaik STPM 2020 SMK Nabawan terima ganjaran dari Ghani Yassin

Deckson (dua dari kanan) menyampaikan  ganjaran kepada Dessy.

NABAWAN:Tiga pelajar terbaik STPM 2020 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Nabawan yang mendapat PNGK 3.6 keatas memerima ganjaran wang tunai dan sijil penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Mereka ialah Ressy Bristen Bartholomew (4.00), Henjilen Binti Angau (3.83)dan Lyeeta Ann Angelia Jonaile (3.73).

Turut menerima ganjaran wang tunai dan sijil dua pelajar terbaik SPM 2020 iaitu Royen Petrus (8A 1 C) dari SMK dan Jennyvia Majikol @ Peidoh (7A 1B 1D) dari SMK Nabawan II.

Deckson (empat dari kanan)bergambar kenangan kepada pelajar dan bapa pelajar yang menerima ganjaran selepas majlis itu.

Ganjaran itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat  (PPM)Nabawan Deckson Anthony Andipai mewakili Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)dalam majlis ringkas di Pejabat ADUN N.46 di sini kelmarin.

Deckson dalam amanatnya, merakamkan ucapan tahniah 

kepada semua pelajar yang cemerlang, ibubapa dan tidak lupa guru-guru. 

“Kita berbangga kerana mempunyai pelajar yang menyahut cabaran ADUN Nabawan untuk mendapatkan pencapaian yang yang dijanjikan oleh beliau (Ghani) sendiri ” katanya.

Menurut Deckson, sumbangan yang diberikan sebagai suntikan semangat untuk pelajar terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang diperingkat yang lebih tinggi lagi.

“Belia masa kini adalah pelapis kepimpinan di masa akan datang. Jika hendak melihat masa depan negara akan datang maka lihatlah belianya” jelasnya.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN