33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TUDM Labuan B muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Labuan 2024.

JUARA…pasukan TUDM Labuan B.

LABUAN: Pasukan Bola Sepak TUDM Labuan B muncul juara merebut Piala Perbadanan Labuan pada Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah Terbuka Labuan 2024.

Pasukan TUDM B Labuan dinobat juara Selepas menewaskan pasukan RZFT dari Tuaran Sabah  dengan jaringan 2-0 pada aksi perlawanan akhir kejohanan tersebut di padang Dataran Labuan malam kelmarin.

Selain membawa pulang Piala Perbadanan Labuan pasukan itu turut membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 dan medal.

Sementara itu, pasukan RZFT yang terpaksa berpuas hati untuk bergelar naib juara menerima sebuah piala iringan dan wang tunai bernilai RM5,000.

Manakala tempat ketiga bersama  dimenangi oleh pasukan Red Chillie FC dan Brotherhood selepas kedua dua pasukan tewas dalam perlawanan separuh akhir, menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan piala iringan serta medal.

NAIB JUARA…pasukan RZFT…

Sementara itu pasukan TUDM Labuan B turut dianugerahkan  sebagai pasukan terbaik kejohanan, manakala pemainnya  Muhammad Hadzraimi Mohd Yasin   dianugerakan sebagai Pemain Terbaik.

Bagi anugerah penjaga gol terbaik di anugerahkan kepada  Mohd.  Nasharudin dari pasukan RZFT dan  penjaring terbanyak dimenangi oleh Mohd Nik Ileyziey Rosli dari pasukan Red Chillie FC.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding, Noor Halim Datuk Zaini, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan, Mahanum Fauzip dan Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan, Sophian Said.

Kejohanan yang disertai 32 pasukan dari Sabah, Sarawak dan Labuan itu dianjurkan oleh LDA Holding dengan kerjasama, Perbadanan Labuan,   LAFA,  JK Bal Sport dan Kronos.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN