25 C
Kota Kinabalu
Rabu, September 11, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TVET  ‘games changer’  dalam meningkatan tenaga kerja berkamahiran tinggi-Bashir

Bashir (tengah) menyaksikan majlis MoU antara Syarikat Sobena Sdn. Bhd yang diwakili Pengurus Kilang Sobena, Than Thean Ping  dengan Jabatan Tenaga Manusia yang diwakili oleh Mat  Setia (dua dari kiri)

LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias  berkata, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia  berupaya menjadi ‘games changer’ atau medium terbaik  dalam membantu sasaran kerajaan meningkatkan 35 peratus  tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030.

Malahan katanya, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 turut mengiktiraf TVET sebagai salah satu pemboleh daya yang dapat menyumbang kearah pembentukan negara membangun yang lebih makmur, inklusif dan mampan.

“Tidak dapat dinafikan tenaga kerja mahir adalah aset penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti, inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Institusi TVET  perlu menjadi pemacu bagi melatih dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang berkualiti dan seterusnya berupaya memenuhi keperluan industri” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan  Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC)  antara Kementrian Sumber Manusia,  Jabatan Tenaga Manusia dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dengan empat buah syarikat swasta  di Dewan Kuliah Utama ILP Labuan di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah  Jabatan Tenaga Kerja Manusia, Mat Setia Mohd Raji dan Pengarah Instituts Latihan Perindustrian (ILP) Labuan, Haji Zainudin Haji Ahmad.

Terdahulu, Mat Setia ketika berucap pada majlis itu berkata, Jabatan Tenaga Manusia memberikan tumpuan kepada pembangunan kapasiti organsasi khususnya kepakaran tenaga pengajar dan keupayaan untuk melaksanakan latihan yang berkesan berteraskan pembangunan teknologi 4IR dan digital.

Katanya, semua usaha ini akan diperkukuhkan lagi dengan perancangan yang teliti bersama sama pelbagai pihak khususnya industry melalui kerjasama strategik.

“Bagi meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan TVET, semua intitusi kami digalakkan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak meliputi keseluruhan aspek pengurusan latihan dengan matlamat  meningkatkan kecekapan dan peluang graduan mendapat pekerjaan  selepas tamat pengajian” katanya.

Empat buah syarikat yang  menandatangani persefahaman dan kerjasama  itu  ialah Syarikat Sobena Offshore Incorporated Sdn. Bhd, Prihoda Malaysia Sdn. Bhd, Priston Shipyard Sdn. Bhd dan Pristine Era Sdn. Bhd. abuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN